Ganoderma & Excellium





FAQ GANODERMA & EXCELLIUM


1. Apa itu Ganoderma ?


Ganoderma adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel yang dihasilkan daripada

kombinasi 6 spesis Ganoderma lucidum berteraputik tinggi yang ditanam menggunakan

kaedah tisu kultur dan 100% organik di Ladang Organik Ganoderma terbesar di dunia yang

dimiliki oleh Gano Excel. Menggunakan medium penanaman yang mempunyai zat

pemakanan yang tinggi dan organik seperti sekam padi, tepung beras perang, kacang soya

dan serbuk kayu getah dengan kaedah gantungan serta kelembapan suhu dan pendedahan

cahaya matahari yang terkawal agar dapat menghasilkan Ganoderma lucidum berteraputik

tinggi. Tiada sebarang bahan kimia, racun serangga atau bahan hormon digunakan.

Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan

Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang

lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba cina ‘Shen Nong’s Herbal

Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik (Gred 1) iaitu

‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas

daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam

memperbaiki kesihatan tubuh badan. Pengambilan secara berterusan dapat membantu tubuh

mencapai tahap kesihatan yang optimum.

2. Apa itu Excellium ?


Excellium adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel. Ia dihasilkan daripada

Miselia Ganoderma lucidum yang berupa seakan benang halus daripada bahagian akar

Ganoderma lucidum dan memakan masa 21 hari untuk matang melalui kaedah penanaman

tisu kultur yang unik dibawah kawalan dan penjagaan rapi bagi memastikan penghasilan

Excellium berteraputik tinggi.

3. Adakah Excellium dihasilkan daripada kacang soya ?


Tidak. Excellium hanya dihasilkan daripada Miselia Ganoderma lucidum sahaja.

4. Apakah manfaat kesihatan Ganoderma ?


Manfaat kesihatan Ganoderma adalah seperti berikut :-

- Mengaktifkan dan membetulkan semula sistem imun tubuh badan.

- Membantu detoksifikasi toksin larut air dan tidak larut air dalam tubuh dengan cekap dan

berkesan melalui sistem perkumuhan.

- Bersifat anti-kanser, anti-oksidan, anti-bakteria, anti virus, anti fungal, anti tumor, anti

radang dan anti alergi.

- Membantu meningkatkan metabolisme badan.

- Membantu melancarkan peredaran darah dengan memperbaiki sistem kardiovaskular.

- Membantu menurunkan paras kolesterol darah.

- Menyeimbangkan paras tekanan darah dan pH darah.

- Membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.

- Membantu meningkatkan tenaga badan.

- Membantu menguatkan sistem penghadaman.

- Berfungsi sebagai agen pelindung hati.

- 2 -

5. Apakah perbezaan Ganoderma yang dihasilkan Gano Excel dengan syarikat lain ?


Terdapat beberapa perbezaan penghasilan Ganoderma oleh Gano Excel dengan syarikat yang

lain antaranya :-

- Kaedah penanaman : Ganoderma lucidum yang ditanam oleh Gano Excel menggunakan

kaedah tisu kultur dengan menggunakan medium penanaman yang mempunyai zat

pemakanan yang tinggi dan organik seperti sekam padi, tepung beras perang, kacang soya

dan serbuk kayu getah. Penanamannya di Ladang Organik Ganoderma terbesar di dunia

yang dikelilingi persekitaran semulajadi yang menghijau dan bersih dengan

menggunakan teknik gantungan polybeg, kawalan kelembapan suhu dan pendedahan

cahaya matahari yang terkawal amat penting dalam menghasilkan Ganoderma lucidum

berteraputik tinggi.

- Tempoh masa penuaian : Ganoderma lucidum yang ditanam oleh Gano Excel hanya

memerlukan masa selama 90 hari untuk matang dan dituai. Tempoh masa penuaian yang

betul juga penting bagi memastikan spora Ganoderma lucidum mencapai tahap matang

dan tidak berkurangan akibat proses pembiakannya secara semulajadi setelah matang.

- Kaedah pengekstrakan : Ganoderma yang dihasilkan Gano Excel lebih banyak ekstrak

Ganoderma lucidum dan lebih larut air berbanding yang lain kerana teknologi

pengekstrakan yang digunakan. Semakin tinggi kadar larut air, semakin banyak

komponen aktif Ganoderma lucidum dapat diserap masuk ke dalam tubuh untuk

mempercepatkan proses tindakbalas positif Ganoderma terhadap tubuh badan.

6. Bagaimana Ganoderma dan Excellium bertindak ?


Selepas pengambilan Ganoderma dan Excellium, tindakbalas di antara kandungan aktif

Ganoderma dan Excellium terhadap tubuh badan akan berlaku. Tindakbalas ini boleh

diringkaskan dalam 5 peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah :-


- MENGESAN : Kandungan aktif Ganoderma dan Excellium mula membantu untuk



mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan akan merasakan tindakbalas

Ganoderma dan Excellium semasa ia mengenalpasti toksin dan penyakit dalam tubuh

badan.


- MEMBERSIH dan MENYAHTOKSIN : Pada peringkat ini, Ganoderma dan Excellium



bertindakbalas untuk menyingkir asid urik, asid laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel

tisu mati dan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya

disingkir melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh, bisul, ruam atau

kahak. Ini merupakan tanda-tanda proses membersih dan menyahtoksin sedang berlaku

ke atas tubuh badan.


- MENYEIMBANG : Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma dan Excellium akan



bertindakbalas memulihkan badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.


- MEMBAIKPULIH : Ganoderma dan Excellium terus bertindak untuk mengaktifkan dan



membetulkan semula sistem imun dan membaik pulih anggota tubuh dan sistem yang

terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan mineral dan vitamin untuk

mempercepatkan kadar penyembuhan.


- AWET MUDA : Matlamat jangka panjang pengambilan Ganoderma dan Excellium ialah



mengekalkan fungsi badan dan tahap kesihatan ke paras yang optimum dan membantu

mengekalkan keremajaan tubuh.

- 3 -

7. Apakah manfaat kesihatan Excellium ?


Manfaat kesihatan Excellium adalah seperti berikut :-

- Membantu membekalkan oksigen yang tinggi ke dalam badan dan sistem saraf terutama

otak.

- Membantu perkembangan fungsi otak dan kecerdasan minda.

- Membantu mengaktifkan dan membetulkan semula sistem imun tubuh.

- Bertindak sebagai agen anti tumor untuk mencegah ketumbuhan.

- Membantu membersihkan keracunan larutan air dalam badan.

- Membekalkan zat galian bagi keperluan sistem badan.

- Membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.

- Membantu meningkatkan metabolisme badan.

- Membantu membekalkan tenaga dan menghilangkan kelesuan.

- Membantu meningkatkan kecantikan dan kesihatan kulit.

8. Bolehkah Ganoderma dan Excellium diambil bersama supplement atau ubat-ubatan

yang lain ?


Secara amnya, Ganoderma dan Excellium boleh diambil bersama supplement yang lain.

Tetapi, adalah disarankan untuk dijarakkan masa pengambilannya selama 30 minit atau 1 jam

sebelum mengambil ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga. Ini disebabkan adalah

mustahil untuk menjalankan kajian khusus untuk menentukan kesesuaian Ganoderma dan

Excellium diguna bersama untuk kesemua ubat-ubatan yang ada di pasaran.

9. Adakah terdapat pantang larang mengambil Ganoderma dan Excellium ?


Tiada sebarang pantang larang untuk mengambil Ganoderma dan Excellium.

10. Siapakah golongan yang sesuai mengambil Ganoderma dan Excellium ?


Berikut golongan yang sesuai mengambil Ganoderma dan Excellium :-

- Bayi dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun hanya disarankan mengambil Excellium

sahaja (dibuka kapsul dan dicampur dalam minuman / susu).

- Remaja, dewasa dan warga emas.

- Wanita sedang haid dan dalam pantang bersalin.

- Bagi wanita yang sedang mengandung, pengambilan Ganoderma dan Excellium

disarankan untuk usia kandungan 3 bulan dan ke atas sahaja.

- Pesakit ringan atau kronik seperti penghidap kencing manis, strok, masalah jantung,

tekanan darah tinggi, kanser, gout, arthritis, rheumatism dan sebagainya.

- Orang yang sihat untuk menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan.

- 4 -

11. Apakah yang mungkin menyebabkan Ganoderma dan Excellium tidak berkesan ?


Secara amnya, seseorang akan merasai kesan positif Ganoderma dan Excellium terhadap

memperbaiki tahap kesihatan selepas mengambilnya secara berterusan. Namun, ada keadaan

dan faktor tertentu dimana sesetengah orang tidak mengalami sebarang kesan positif. Ini

mungkin disebabkan oleh keadaan dan faktor berikut :-

- Ganoderma dan Excellium tidak diambil bersama atau tidak mengikut dos dan waktu

yang dicadangkan.

- Berhenti dari memakan Ganoderma dan Excellium apabila mengalami sebarang kesan

tindakbalas.

- Mengamalkan cara hidup tidak sihat, diet yang tidak seimbang dan jarang melakukan

senaman.

- Penyakit yang dihidapi sudah terlalu lama atau pengambilan ubat yang terlalu banyak.

Toksin di dalam tubuh badan tidak boleh disingkirkan dengan sepenuhnya.

- Tahap tindakbalas yang dialami pada peringkat awal pengambilan adalah berbeza.

Pesakit mungkin hilang keyakinan lalu berhenti memakan Ganoderma dan Excellium.

- Faktor psikologi pesakit dimana pesakit menerima pandangan dan nasihat orang lain

untuk berhenti dari memakan Ganoderma dan Excellium sebelum sempat ia memberi

tindak balas positif terhadap tahap kesihatan.

12. Apakah saranan dan cadangan pengambilan Ganoderma dan Excellium yang terbaik ?


Berikut adalah beberapa saranan dan cadangan pengambilan Ganoderma dan Excellium yang

terbaik :-

- Jumlah minimum pengambilan Ganoderma dan Excellium adalah 1-2 kapsul setiapnya

untuk 2 kali sehari.

- Bergantung kepada keperluan dan tindakbalas tubuh badan seseorang, mungkin

seseorang perlu mengambil Ganoderma dan Excellium 2-4 kapsul setiapnya untuk 3-4

kali sehari bagi tujuan merawat dan memulihkan masalah kesihatan.

- Pengambilan Ganoderma dan Excellium secara kerap dalam sehari walaupun dengan

kuantiti yang sikit adalah disarankan berbanding pengambilan hanya sekali dengan

kuantiti yang banyak dalam sehari.

- Pengambilan Ganoderma dan Excellium sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan

hidangan utama adalah disarankan. Dinasihatkan kepada pesakit gastrik untuk mengambil

makanan terlebih dahulu.

- Perlu minum air kosong dengan banyak (tidak kurang 3 liter sehari) untuk melancarkan

dan mempercepatkan tindakbalas positif Ganoderma dan Excellium dalam badan.

- Ganoderma dan Excellium perlu diambil bersama-sama.

13. Kenapa Ganoderma mesti diambil bersama Excellium ?


Ganoderma mesti diambil bersama Excellium untuk memastikan tubuh badan mendapatkan

sepenuhnya 100% khasiat, nutrien dan elemen aktif yang terkandung dalam Ganoderma

lucidum bermula dari akar, batang hinggalah ke kuntumnya yang mengandungi spora.

Dengan ini, tubuh badan akan dapat manfaat kesihatan keseluruhan daripada Ganoderma

lucidum untuk membantu mencapai tahap kesihatan yang optimum dalam sepanjang hayat.

- 5 -

14. Adakah Ganoderma dan Excellium perlu dimakan secara berterusan seumur hidup

atau hanya dalam tempoh tertentu sahaja ?


Masalah kesihatan berlaku akibat kerosakan pada fungsi sistem badan yang berkaitan.

Kegagalan sesuatu sistem badan berfungsi dengan optimum adalah kerana berlakunya

kerosakan pada organ, tisu atau sel akibat pendedahan kepada radikal bebas dan toksin.

Ganoderma dan Excellium membantu merawat dan memperbaiki sel-sel yang rosak yang

secara tidak langsung memperbaiki tisu, organ, sistem badan dan masalah kesihatan.

Ganoderma dan Excellium juga mengaktifkan dan membetulkan semula sistem imun tubuh

agar ia dapat menjaga sel-sel yang sihat dari rosak atau mati dan juga membaikpulih sel-sel

yang rosak akibat aktiviti radikal bebas, toksin dan patogen (bakteria dan virus yang

menyebabkan penyakit).

Tambahan lagi Ganoderma lucidum mempunyai unsur ‘Adaptogen’ iaitu suatu bahan yang

mengurangkan tekanan pada badan semasa rawatan dan pemulihan, tidak bertoksik dan bebas

daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam

memperbaiki dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan, pengambilan Ganoderma dan

Excellium secara berterusan dapat membantu tubuh mencapai tahap kesihatan yang optimum

dalam sepanjang hayat.

15. Adakah Ganoderma dan Excellium selamat dimakan dan adakah ia disahkan halal

oleh pihak JAKIM ?


Ganoderma dan Excellium dihasilkan di Kompleks Industri Gano Excel yang mempunyai

pengiktirafan ’Amalan Perkilangan Baik’ (GMP) dan mematuhi standard piawaian

antarabangsa bagi memastikan produk-produk yang dihasilkan adalah selamat digunakan.

Kesemua produk keluaran Gano Excel telah mendapat pengesahan halal dari pihak JAKIM.

Sila rujuk sijil.






Fakta Ganoderma
Apakah yang anda tahu tentang Ganoderma lucidum ?
Ganoderma lucidum adalah sejenis cendawan daripada lebih 250 spesis. Ia dipanggil dengan pelbagai nama mengikut masyarakat seperti Melayu: cendawan merah, China: ‘lingzhi’, Jepun: ‘reishi’ dan Korea: ‘yeongji’. Menurut bahasa Greek: ‘ganos’ bermaksud bersinar, manakala ‘derma’ bermaksud kulit.

Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba cina ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik ( Gred 1 ) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan.

Bagaimana Ganoderma Berfungsi?
Selepas pengambilan Ganoderma, tindakbalas di antara kandungan aktif Ganoderma dan tubuh badan akan berlaku. Tindakbalas ini boleh diringkaskan dalam 5 peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:

Mengesan (1-30 hari) Kandungan aktif Ganoderma mula membantu untuk mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan akan merasakan tindakbalas Ganoderma semasa ia mengenalpasti toksin dan penyakit.

Membersih - menyahtoksin (1-30 minggu)
Pada peringkat ini, Ganoderma bertindakbalas untuk menyingkir asid urik, asid laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel tisu mati dan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya disingkir melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau bisul, ruam atau kahak. Ini merupakan tanda-tanda proses menyahtoksin sedang berlaku ke atas tubuh badan.

Menyeimbang (1-12 bulan)
Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma akan bertindakbalas memulihkan badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.

Membaikpulih (6-24 bulan)
Ganoderma terus bertindak untuk menguatkan sistem imun dan membaik pulih anggota tubuh dan sistem yang terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan mineral dan vitamin untuk mempercepatkan kadar penyembuhan.

Awet Muda (1-3 tahun)
Matlamat terakhir pengambilan Ganoderma ialah mengekalkan fungsi badan ke paras yang optimum dan membantu mengekalkan keremajaan.



Berkesan bagi Penyakit Moden seperti : -
  • Agen anti radang
  • Anti tumor
  • Anti kanser
  • Anti oksidan
  • Anti bakteria
  • Anti virus
  • Membantu menurunkan paras kolestrol darah
  • Agen penyahtoksin badan


Untuk keterangan lanjut 
Sila
 SMS/CALL/WHATSAPP
ke 
Man 0199065604
atau
Isi Borang Di Sebelah Kanan Atas Blog Ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan