Syarikat


LATAR BELAKANG GANO EXCEL ENTERPRISE SDN BHD
Gano Excel merupakan peneraju utama industri pemakanan berasaskan Ganoderma lucidium (lingzhi) di Malaysia dan syarikat MLM tempatan tunggal yang komited dalam menjayakan ‘Ganoderma Nutritional Immunology’ di peringkat antarabangsa. Jaringan penyelidikan, penanaman, pemprosesan hinggalah ke peringkat pemasaran produk yang diuruskan sendiri telah mengukuhkan lagi kedudukan Gano Excel dalam industri MLM di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Diasaskan di Kedah, Malaysia pada tahun 1995. Walau bagaimanapun sejarah Ganoderma Gano Excel bermula sejak 1983 lagi apabila Presiden Gano Excel Antarabangsa, Mr Leow Soon Seng telah membuat kajian mengenai sejarah cendawan di Malaysia.Beliau mendapati bahawa kelembapan dan cuaca di Malaysia (28ºC hingga 32ºC) adalah sesuai untuk penanaman Ganoderma.Setelah melalui pelbagai proses kajian dan percubaan, beliau telah mengesan iaitu Ganoderma lucidum mempunyai kesan teraputik yang paling tinggi. Daripada 200 spesis yang ditemui, beliau telah memilih 6 yang terbaik untuk menghasilkan Ganoderma Gano Excel.

Gano Excel kini telah berusia 18 tahun di dalam industri MLM. 18 tahun yang lepas, Gano Excel hanya beroperasi di sebuah lot rumah kedai yang disewa di Mergong, Alor Setar, Kedah dengan memasarkan 3 produk utama iaitu Ganoderma, Excellium dan Gano Café 3 in 1. Gano Excel terus bertatih dengan gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah. Hasilnya kini, Gano Excel merupakan syarikat gergasi MLM yang dikenali di Malaysia dan memiliki lebih 50 rangkaian produk kesihatan. Gano Excel kini beroperasi di bangunan pejabat sendiri dan mempunyai 7 jabatan yang mendokong misi dan visi syarikat.

Gano Excel turut memiliki prasarana terbaik seperti kompleks industri yang bernilai lebih RM20 juta yang memenuhi standard piawaian antarabangsa serta mendapat pengiktirafan ‘Amalan Perkilangan Baik’ (GMP). Selain itu Gano Excel Industries sedang dalam usaha untuk mendapatkan sijil HACCP (Hazard Analysis And Critical Control Point) di mana ianya akan mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kawalan mutu dan kebersihan dalam menghasilkan produk Gano Excel.

Memiliki Ladang Ganoderma Organik Terbesar Dunia merupakan kebanggaan utama Gano Excel. Ladang Ganoderma Organik milik Gano Excel ini mempunyai lebih daripada 100 buah ‘rumah bangsal’ yang setiap satunya mampu memuatkan 30,000 polybag Ganoderma. Dua prasarana hebat ini membuktikan kepada masyarakat di Malaysia dan dunia bahawa Gano Excel tetap dan terus komited menghasilkan produk-produk berasaskan Ganoderma yang bermutu tinggi untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat


Untuk keterangan lanjut 
Sila
 SMS/CALL/WHATSAPP
ke 
Man 0199065604
atau
Isi Borang Di Sebelah Kanan Atas Blog Ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan